Pada 1 Mac 2020 (Ahad), pagi-pagi sesudah subuh, kitaorang dah pakat turun Putrajaya untuk sessi band fotografi. Tapi seperti biasa, dengan pelbagai alasan, semua sampai pukul 10 pagi!
Memandangkan perut kosong, maka kitaorang pun singgah dulu Ali Maju pekena sarapan satu round. Lepas makan laju-laju, perut pun dah kenyang, so kitaorang pun gerak ke scene yang dijanjikan – bawah salah satu jambatan kat Putrajaya.
Tiba dilokasi, kelihatan photographer dan pembantunya tengah lepak di tepi jambatan dengan muka tahan marah (sebab diaorang dah tunggu sejak pukul 8 pagi lagi hahaha)… sorry boss! Untuk sessi ini, kitaorang hire photographer profesional dan berpengalaman dari Bloc Studio Inc. Check out hasil kerja diaorang kat IG @blocstudioinc.
So ni la gambar-gambar aktiviti “behind the scene” sewaktu sessi penggambaran sedang berlangsung.
